PROGRAM KAMPUNG ANGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA & SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » PROGRAM KAMPUNG ANGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA & SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA & SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM

Buat julung kalinya, ITAFoS telah mengadakan Program Kampung Angkat dengan mensasaran ekonomi penduduk adalah berasaskan pertanian, terutamanya tanaman padi. Tanaman padi merupakan isu utama yang menjadi agenda utama negara berkaitan dengan sekuriti makanan negara. Sehubungan dengan itu, perasmian program ini telah dibuat pada 2 Mac 2024 di Kampung Langgar, Pekan, Pahang sebagai salah satu langkah inisiatif ITAFoS, UPM untuk membantu menangani isu tersebut.

Program ini adalah dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan dan Kawasan Pengguna Air (KPA) Mawar, Kampung Langgar, Pekan yang melibatkan seramai 50 orang termasuk ahli Pengurusan ITAFoS, UPM. Program ini juga turut dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Haji Sh. Fuzi Sh. Ali, Ahli Parlimen Pekan dan YB Dato' Mohamed Nizar Dato' Sri Najib, Exco ADUN Peramujaya sebagai tanda sokongan kepada petani, IADA Pekan dan ITAFoS, UPM.

Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk memindahkan ilmu kepada pesawah khususnya, bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi mereka serta pendapatannya. Dijangkakan program ini akan berlangsung dalam tempoh 3 – 5 tahun, dengan pemantauan jawatankuasa program yang telah dilantik.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan seterusnya dapat membantu meningkatkan sosioekonomi pesawah dan seterusnya meningkatkan hasil purata padi di IADA Pekan secara amnya.

Tarikh Input: 07/03/2024 | Kemaskini: 07/03/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEcDAu~