LAWATAN NAIB CANSELOR KE PUSAT PENYELIDIKAN HAIWAN | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » LAWATAN NAIB CANSELOR KE PUSAT PENYELIDIKAN HAIWAN

LAWATAN NAIB CANSELOR KE PUSAT PENYELIDIKAN HAIWAN

Pada 16 April 2024, pihak ITAFoS telah menerima lawatan dari Pejabat Naib Canselor ke Pusat Penyelidikan Haiwan (PPH), bagi melihat fasiliti yang ditawarkan di ITAFoS. Beliau diiringi Pegawai Khas telah meluangkan masa hampir sejam di PPH.

                                                                

Pengarah telah menyampaikan serba sedikit maklumat berkenaan PPH dan dibantu oleh Ketua Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti. Lawatan ini juga turut disertai oleh ahli Pengurusan dan Pegawai Penyelidik dari lab berkenaan.

                                                                 

Akhir lawatan, Naib Canselor memberikan beberapa cadangan dalam usaha ITAFoS untuk meningkatkan lagi jaringan. Penawaran kerjasama bersama industri mampu membolehkan banyak lagi fasiliti di PPH dapat dimanfaatkan. Ini secara tidak langsung dapat juga memberi peluang terimaan geran dan penjanaan pendapatan ITAFoS.

Tarikh Input: 26/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFKEAX~