MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM

MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 PERINGKAT INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS), UPM

Serdang, 23 April 2023 – Sejajar dengan pengumuman oleh pihak Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 UPM dianjurkan secara serentak pada 23 April 2024 oleh setiap Pusat Bertanggungjawab (PTJ), Kolej Kediaman, Persatuan/Kesatuan termasuk UPM Kampus Bintulu, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah mengadakan majlis tersebut pada sebelah petang.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga ITAFoS dan UPM. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah ITAFoS, Prof. Dr. Anjas Asmara@Ab. Hadi Samsudin dan diteruskan dengan bacaan doa dan sesi menjamu selera. Semasa para tetamu menjamu selera, mereka dihiburkan dengan aktiviti cabutan bertuah yang diterajui oleh AJK Kelab Kebajikan dan Rekreasi ITAFoS. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya dan merapatkan hubungan antara warga ITAFoS.

Majlis kemudiannya menyambut kehadiran Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang turut hadir memeriahkan lagi Majlis Sambutan Mega Raya ITAFoS 2024. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah Busana Tercantik oleh YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor kepada para pemenang. Empat pemenang telah dipilih iaitu Pakaian Glam Lelaki Kategori Staf (En. Nik Mohd Rodzha Nik Mohamed), Pakaian Glam Lelaki Kategori Pelajar (Azhar Malek), Pakaian Glam Perempuan Kategori Staf (Dr. Fatma Azwani Abdul Aziz), dan Pakaian Glam Perempuan Kategori Pelajar (Azmiraah Abd Jabar).

Secara keseluruhannya, pelaksanaan majlis ini telah berjaya memupuk nilai perpaduan ikhtisas dalam kalangan warga ITAFoS. Di samping itu, dengan adanya program ini, warga ITAFoS dapat menyelami dan meningkatkan pengetahuan berkenaan tradisi Aidilfitri yang hampir dilupakan dek peredaran zaman. Semoga pelaksanaan majlis ini dapat menghasilkan warga ITAFoS yang proaktif dalam kegiatan kebudayaan di Malaysia.

 

 

 

 

   

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | noorbaiti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFVAAb~