Unit Ladang 15 (Rumah Kalis Serangga)

 
Unit ini merupakan salah satu unit ladang di bawah tadbiran Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS). Ianya terletak di Ladang 15 (Kompleks Agrobio), UPM dan ditadbirurus secara total oleh Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop selaku Ketua Laboratori.
 
Terdapat 4 unit Rumah Kalis Serangga yang dilengkapi dengan sistem pengairan melalui kaedah fertigasi secara total untuk kegunaan penyelidikan dan latihan amali pelajar bagi mendapatkan hasil buah dan sayur yang optimum. Antara tanaman yang sesuai melalui kaedah fertigasi ini adalah cili, rock melon, tomato, timun, strawberi dan anggur.
 
Antara penyelidikan yang dijalankan adalah kompos, media tanaman, bakteria, semburan baja foliar dan sebagainya.
 
 
Pegawai Untuk Dihubungi:
 
En. Muhammad Afham bin Jamali
Penolong Pegawai Pertanian
03-9769 4293
 
Untuk paparan senarai peralatan berbayar, borang permohonan sebutharga peralatan berbayar, borang persetujuan pembayaran peralatan berbayar dan borang akuan penggunaan makmal, sila klik DI SINI.