Keperluan Program

Bermula Semester Pertama 2019/2020, jumlah minimum kredit bagi program PhD (9 kredit) dan Master Secara Penyelidikan (6 kredit). Pelajar juga diwajibkan mengambil dua kursus yang ditetapkan oleh pihak Sekolah Pengajian Siswazah iaitu Seminar Proposal dan Metodologi Penyelidikan

Penasihat atau ahli Jawatankuasa Penyeliaan boleh mencadangkan kursus-kursus tertentu yang boleh membantu pelajar dalam bidang penyelidikan mereka. Pelajar perlu menghantar tesis untuk peperiksaan pada akhir program dan mestilah memenuhi syarat tertentu yang berkaitan dengan program siswazah, jika ada.